================================================================================ BAHAN DEMO 01: NOTA KASAR ARAHAN TUGAS & MEMO PENTADBIRAN SEKOLAH LATIHAN: PROMPT ENGINEERING FORMULA RTCF (SURAT RASMI, MEMO, EMEL) PROGRAM: MEMPERKASA PRODUKTIVITI PEJABAT DENGAN AI - AL AMIN EDU OASIS ================================================================================ [ARAHAN LATIHAN UNTUK PESERTA] Gunakan formula RTCF (Role, Task, Context, Format) dalam Google Gemini atau ChatGPT untuk menukarkan draf nota kasar di bawah kepada: 1. Satu Surat Rasmi Jemputan Penceramah Bengkel Ibu Bapa mengikut format surat rasmi Malaysia. 2. Satu Memo Dalaman kepada semua Guru & Staf Operasi. 3. Satu mesej hebahan WhatsApp yang mesra dan padat untuk diedarkan dalam grup rasmi ibu bapa. -------------------------------------------------------------------------------- [DRAF NOTA KASAR DARIPADA PENGETUA / PENGURUSAN] -------------------------------------------------------------------------------- Daripada: Pejabat Pengurusan Sekolah Al-Amin Edu Oasis Kepada: Setiausaha Program / Staf Pentadbiran Mesej kasar: "Tolong siapkan surat rasmi jemputan untuk Prof Madya Dr Zulkifli bin Ismail dari Fakulti Pendidikan UKM. Kita nak jemput beliau jadi perasmi dan penceramah utama untuk Seminar Keibubapaan & Motivasi Sahsiah Murid 2026. Tarikh seminar tu hari Sabtu, 7 November 2026, pukul 8.30 pagi sampai 12.30 tengah hari dekat Dewan Serbaguna Al-Amin Edu Oasis, Melawati. Tajuk ceramah yang kita cadangkan: 'Membina Ketahanan Emosi dan Sahsiah Anak Generasi Digital'. Honorarium kita sediakan RM500 sekali dengan cenderahati dan sijil penghargaan. Minta beliau sahkan kehadiran sebelum 24 Oktober 2026 melalui emel pentadbiran kita (eduoasis@al-amin.edu.my) atau WhatsApp Pn Noraini di 019-3063412. Lepas tu buat satu memo ringkas untuk cikgu-cikgu bagi tahu pasal seminar ni, ingatkan guru kelas tolong edar borang kehadiran ibu bapa dan pastikan persiapan dewan selesai sebelum Jumaat petang tu." -------------------------------------------------------------------------------- [CONTOH FORMULA PROMPT RTCF YANG BOLEH DIGUNAKAN DI AI] -------------------------------------------------------------------------------- "Bertindak sebagai Pegawai Pentadbiran Eksekutif Kanan di Al-Amin Edu Oasis [ROLE]. Tugasan anda adalah menukarkan nota arahan kasar ini kepada Surat Rasmi Jemputan Penceramah yang sangat formal, berwibawa, dan lengkap dengan no rujukan serta lampiran atur cara ringkas [TASK]. Konteksnya ialah program sekolah melibatkan jemputan profesor universiti ternama, jadi nada bahasa perlu amat santun dan memuliakan tetamu [CONTEXT]. Sediakan output dalam format surat rasmi korporat pentadbiran sekolah berserta ruang tandatangan Pengetua [FORMAT]. Berikut adalah maklumat nota kasar: [Tampal teks di atas]"